Guru/

Panduan & FAQ

Oktober 2026

Panduan & FAQ

Kehadiran, jadual, kontrak dan permohonan — semuanya di sini

1

Log masuk

Portal Guru menggunakan nombor telefon sahaja. Tiada kata laluan.

  1. Buka pautan yang dikongsi dalam kumpulan guru
  2. Masukkan nombor telefon anda
  3. Tekan Log Masuk

Format bebas. 0123456789, 012-345 6789 dan 60123456789 semuanya diterima.

Nombor mesti didaftarkan dahulu oleh pihak pentadbiran. Nombor peribadi anda tidak akan berfungsi sehingga ia dimasukkan ke dalam sistem.
3

Jadual Saya

Jadual penuh anda dalam susunan yang anda sudah biasa — jalur hari, jalur sesi, dan lajur yang sama seperti helaian asal. Ia untuk melihat; kehadiran diisi di menu Kehadiran Pelajar.

Tekan mana-mana baris pelajar untuk membuka profil penuhnya: umur, nombor telefon (terus ke WhatsApp), platform, bahasa, pakej, tahap & durasi, tarikh kemasukan, dan semua hari serta masa kelasnya.

Penanda kecil di sebelah nama:

PenandaMaksudnya
BARU M2Pelajar baharu, mula pada Minggu 2 bulan ini
TANGGUH M3Menangguh mulai Minggu 3
BERHENTI M1Berhenti mulai Minggu 1 — tiada kelas bulan ini
TUKAR GURU M2Berpindah kepada guru lain mulai Minggu 2

Pelajar yang tangguh, berhenti atau tukar guru dikumpulkan dalam satu bahagian kelabu di hujung jadual, lengkap dengan label hari dan sesinya. Mereka sengaja tidak dibuang, kerana minggu-minggu sebelum tarikh berkenaan masih ada kelas yang perlu direkodkan.

Pelajar yang mengambil pakej beberapa kali seminggu akan menunjukkan masa hari itu sahaja di bawah setiap hari — bukan lagi kesemua masanya berulang.

Di bawah jadual ada senarai slot kosong anda: hari dan masa yang masih belum ada pelajar. Pihak pentadbiran melihat senarai yang sama semasa mencari tempat untuk pelajar baharu.

4

Membaca jadual kehadiran

Selepas log masuk, anda melihat jadual anda untuk satu minggu pada satu masa. Di bahagian atas ada pemilih bulan, tahun dan minggu — M1 hingga M4.

Kelas dikumpulkan mengikut hari. Setiap kad menunjukkan nama pelajar, masa, dan pakej. Masa disertakan AM atau PM supaya tiada kekeliruan antara pagi dan malam.

Bar kemajuan menunjukkan berapa banyak sesi sudah direkodkan, contohnya 8/20 sesi direkod. Slot yang belum diisi berwarna kelabu.

5

Mengisi kehadiran

  1. Pastikan minggu yang betul dipilih di bahagian atas
  2. Tekan pada kad pelajar yang hendak diisi
  3. Pilih status kelas — ini menentukan medan lain yang perlu diisi
  4. Lengkapkan medan yang bertanda *
  5. Tekan Simpan

Tiga status yang boleh dipilih:

StatusMaksud
BERJALANKelas berlangsung seperti biasa
TANGGUHKelas tidak berlangsung. Anda perlu nyatakan sama ada ditangguh oleh pelajar atau guru
GANTIKelas dipindahkan ke hari atau masa lain, dan telah berlangsung

Rekod yang sudah disimpan boleh dibuka semula dan diubah, selagi ia dalam bulan semasa — lihat Bahagian 9.

6

Medan yang wajib

Medan yang wajib berubah mengikut status yang dipilih. Tanda * merah akan muncul dan hilang dengan sendirinya apabila anda menukar status.

MedanBerjalanTangguhGanti
Status kelasWajibWajibWajib
Tangguh oleh siapa—Wajib—
Tarikh kelasWajibTidakWajib
Ulasan guruWajibTidakWajib
Topik diajarWajibTidakWajib
Markah STARMin. 1TidakMin. 1

Bagi kelas Tangguh, hanya satu perkara yang wajib — siapa yang menangguhkan. Topik dan STAR tidak diminta kerana kelas itu tidak berlangsung.

Sila isi dengan jujur dan tepat. Rekod ini dipantau oleh pihak pentadbiran dan akan dipaparkan kepada ibu bapa pelajar. Laporan yang tidak menepati keadaan sebenar menjejaskan kepercayaan mereka terhadap kelas.
7

Markah STAR

Lima kriteria penilaian. Tekan kriteria yang layak bagi pelajar itu pada sesi tersebut.

Kehadiran Kelas Tepat Waktu
Penyertaan Aktif dalam Kelas
Selesaikan Tugasan Mingguan
Disiplin & Akhlak Baik dalam Kelas
Kemajuan Pelajar dalam Pembelajaran

Sekurang-kurangnya satu kriteria mesti ditanda bagi kelas yang berjalan. Anda tidak perlu menanda kesemua lima.

Markah ini bermakna hanya jika ia jujur. Kalau setiap pelajar diberi lima daripada lima setiap minggu, markah itu tidak lagi memberitahu ibu bapa apa-apa tentang anak mereka.
8

Kelas ganti

Ada dua keadaan yang berbeza, dan caranya tidak sama. Ini punca kesilapan paling kerap, jadi baca bahagian ini sekali dengan teliti.

A · Kelas ganti dalam bulan semasa

Kelas sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi dipindahkan ke hari atau masa lain, dan sudah pun berlangsung. Jangan guna butang + Kelas Ganti.

  1. Buka slot kelas yang sepatutnya itu dalam jadual minggu berkenaan
  2. Tukar status daripada TANGGUH kepada GANTI
  3. Isi tarikh sebenar kelas itu berlangsung, topik, ulasan dan STAR
  4. Tekan Simpan

B · Kelas ganti untuk bulan yang sudah lepas

Anda mengajar minggu ini bagi menggantikan kelas bulan terdahulu. Kelas itu tiada dalam jadual, jadi ia perlu ditambah sendiri.

  1. Tekan butang + Kelas Ganti di bar atas, sebelah pemilih bulan dan tahun
  2. Satu peringatan keluar dahulu — baca, kemudian tekan Faham, teruskan
  3. Pilih pelajar, hari dan masa kelas
  4. Pilih bulan yang diganti — contohnya Jun 2026
  5. Lengkapkan tarikh, topik, ulasan dan STAR seperti biasa
  6. Tekan Tambah Kelas

Kelas tambahan muncul dalam lorong hari dengan label Tambahan berserta bulan yang diganti. Ia dikira berasingan daripada peratus kemajuan anda, dan boleh dipadam jika tersilap.

Kemas kini Ogos 2026. Butang “+ Tambah Kelas Ganti” yang dahulunya ada pada setiap lorong hari sudah dibuang. Kini hanya satu butang di bar atas, dengan peringatan sebelum borang dibuka — supaya kelas ganti bulan semasa tidak tersilap dimasukkan sebagai kelas tambahan.
9

Betulkan rekod tersilap

Nak ubah isian: tekan semula kad pelajar itu, ubah apa yang perlu, tekan Simpan.

Nak kosongkan terus: buka kad itu dan tekan butang Reset Kehadiran di bahagian bawah borang. Slot kembali kosong seperti belum pernah diisi, dan anda boleh mula semula. Butang ini hanya muncul pada slot jadual biasa yang sudah ada isian.

Kelas tambahan yang tersilap: padam terus kelas itu — ia bukan sebahagian daripada jadual asal anda.

Bulan lepas dikunci. Bermula 1 haribulan, rekod bulan sebelumnya menjadi baca sahaja — tidak boleh diubah, direset atau dipadam. Anda masih boleh membukanya untuk dilihat melalui pemilih bulan. Kalau ada kesilapan yang benar-benar perlu dibetulkan, hubungi pihak pentadbiran.
10

Kontrak & Permohonan

Kontrak Saya

Bila ada surat kontrak baharu, sepanduk kuning muncul di bahagian atas portal dan satu titik jingga muncul di sebelah menu Kontrak Saya.

  1. Baca surat sepenuhnya
  2. Tandakan kotak persetujuan
  3. Taip nama penuh anda sebagai tandatangan
  4. Masukkan No. MyKad (12 digit)
  5. Hantar

Sistem merekod tarikh, masa dan alamat IP tandatangan, serta menyimpan salinan tepat teks yang anda persetujui. Sejarah kontrak anda boleh dilihat pada bila-bila masa.

Permohonan Saya

Menggantikan Borang Google. Nama, kelas dan nombor telefon tidak perlu ditaip — sistem sudah tahu siapa yang log masuk.

JenisApa yang diisi
Penangguhan MengajarTarikh mula dan tarikh tamat penangguhan, serta sebab
Tamat PerkhidmatanTarikh akhir perkhidmatan, serta sebab

Status permohonan — menunggu, lulus atau tolak — boleh disemak sendiri dalam senarai sejarah pada halaman yang sama.

11

Soalan lazim

Nombor telefon saya tidak dikenali

Nombor anda belum didaftarkan, atau nombor yang didaftarkan berbeza daripada yang anda masukkan. Hubungi pihak pentadbiran untuk mengesahkan nombor yang direkodkan bagi kelas anda.

Butang Simpan tidak berfungsi

Kemungkinan besar ada medan wajib yang belum diisi. Mesej merah akan muncul di bahagian atas borang menyatakan medan mana. Rujuk jadual di Bahagian 4 untuk medan yang diperlukan bagi setiap status.

Boleh saya ubah rekod yang sudah disimpan?

Boleh, selagi ia dalam bulan semasa. Tekan semula kad tersebut, ubah, dan simpan.

Kalau anda mahu mengosongkannya terus, guna butang Reset Kehadiran di dalam kad — lihat Bahagian 9.

Rekod bulan-bulan sebelumnya dikunci dan hanya boleh dilihat. Sila lihat soalan di bawah.

Kelas ganti bulan ini — guna butang + Kelas Ganti?

Tidak. Butang itu khusus untuk kelas ganti bagi bulan yang sudah lepas.

Bagi kelas ganti dalam bulan semasa, buka slot kelas yang sepatutnya dan tukar statusnya kepada GANTI. Bahagian 8 menerangkan kedua-dua keadaan.

Saya tersilap isi kehadiran — macam mana nak kosongkan?

Buka semula kad itu dan tekan Reset Kehadiran. Slot kembali kosong seperti belum pernah diisi. Butang ini hanya untuk bulan semasa.

Kenapa sebahagian pelajar turun ke bawah Jadual Saya?

Mereka ditanda tangguh, berhenti atau tukar guru. Mereka dikumpulkan di hujung jadual supaya senarai di atas hanya pelajar yang benar-benar masuk kelas. Rekod mereka kekal, kerana minggu sebelum tarikh berkenaan masih ada kelas yang perlu direkodkan.

Titik jingga di sebelah Kontrak Saya tu apa?

Ada surat kontrak yang menunggu tandatangan anda. Titik itu hilang setelah anda menandatanganinya.

Berapa lama permohonan saya diproses?

HR yang memproses. Status — menunggu, lulus atau tolak — boleh anda semak sendiri dalam senarai sejarah pada halaman Permohonan Saya, tanpa perlu bertanya sesiapa.

Kenapa saya tidak boleh mengubah rekod bulan lepas?

Kehadiran dikunci secara automatik apabila bulan berganti. Bermula 1 haribulan, rekod bulan sebelumnya menjadi baca sahaja.

Anda masih boleh membuka dan melihat rekod lama melalui pemilih bulan — cuma tidak boleh mengubahnya.

Ini kerana rekod bulan yang telah tamat digunakan untuk laporan dan pengiraan. Jika ada kesilapan yang benar-benar perlu dibetulkan, hubungi pihak pentadbiran.

Kenapa markah STAR wajib untuk kelas ganti?

Kerana kelas ganti tetap kelas yang berlangsung — pelajar hadir dan pengajaran berlaku. Hanya kelas Tangguh dikecualikan, kerana tiada pengajaran berlaku untuk dinilai.

Saya perlu isi kesemua lima kriteria STAR?

Tidak. Minimum satu. Tanda hanya yang benar-benar layak bagi pelajar itu pada sesi tersebut.

Kelas tambahan saya tidak muncul

Kelas tambahan muncul dalam minggu tempat ia ditambah, bukan bulan yang diganti. Jika anda menambahnya pada M2 sebagai ganti bulan Jun, ia berada di M2 bulan semasa.

Saya nampak pelajar yang bukan pelajar saya

Beritahu pihak pentadbiran serta-merta dengan kod kelas dan nama pelajar tersebut. Kemungkinan nombor telefon tersilap dimasukkan pada kelas itu.

Boleh saya guna telefon bimbit?

Boleh. Portal ini direka untuk telefon. Tiada aplikasi perlu dipasang — buka pautan dalam pelayar seperti biasa.

Pergi ke Portal Guru →
Oxford EduVision (M) Sdn. Bhd. · 202401030407 (1576256-D)
⚙Tetapan Paparan
Warna Tema
Pilihan warna disimpan pada peranti ini sahaja.