UPKK Powerboost 2026 – Persediaan Ujian Percubaan UPKK Dengan Teknik Drill
⚡ Ready · Drill · Confident · Skor!
UPKK Powerboost 2026

Program Intensif
2 Hari UPKK
Dengan Teknik DRILL

Program intensif 2 hari untuk pelajar UPKK 2026 bersama dengan penceramah-penceramah pakar. Faham teknik menjawab, membuat latih tubi soalan-soalan tahun lepas & mengetahui kelemahan sebelum peperiksaan sebenar.

📅 16 & 17 Okt 2026 (Jumaat & Sabtu)
🕗 7.30 Pagi – 5.30 Petang
📍 Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu
FREE

Modul & Set Ulangkaji, Aplikasi KAFA UPKK, Latihan & Ujian UPKK terkini, Bimbingan panel berpengalaman, Sijil Penyertaan + Makanan & Bas Solat Jumaat disediakan!

Poster UPKK Powerboost 2026 — Kota Bharu, Kelantan
Yuran Penyertaan
RM170/orang
⚠ Terhad 50 orang · Tutup 13 Okt 2026

Susunan Aktiviti 2 Hari

6 subjek UPKK diajar dalam slot berasingan — Jawi, Adab, Bahasa Arab, Akidah, Sirah & Ibadah.

JUMAAT

16 Okt 2026 (Jumaat)
7.30 – 8.00 pagi
Pendaftaran / Lapor Diri
8.00 – 8.30 pagi
Perasmian
8.30 – 10.30 pagi
Slot 1: JAWI
10.30 – 10.45 pagi
Rehat
10.45 pagi – 12.45 tengah hari
Slot 2: ADAB
12.45 – 2.30 petang
Solat Jumaat dan Rehat (Bas disediakan)
2.30 – 4.30 petang
Slot 3: BAHASA ARAB
4.30 petang
Bersurai

SABTU

17 Okt 2026 (Sabtu)
7.30 – 8.00 pagi
Lapor Diri
8.00 – 10.00 pagi
Slot 4: AKIDAH
10.00 – 10.30 pagi
Rehat
10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Slot 5: SIRAH
12.30 – 2.00 petang
Solat Zohor dan Rehat
2.00 – 4.00 petang
Slot 6: IBADAH
4.00 – 5.00 petang
Slot Bersama Ibu Bapa
5.00 – 5.30 petang
Majlis Penutup dan Bersurai

Nota: Tentatif ini tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak urus setia program.

Suasana Program Lepas

Gambar program UPKK Powerboost
Gambar program UPKK Powerboost
Gambar program UPKK Powerboost
Gambar program UPKK Powerboost

Tempah Tempat Anda

Isi borang di bawah dan selesaikan pembayaran dalam talian untuk mengesahkan pendaftaran.

UPKK Powerboost 2026
Yuran: RM170
RM170
Jumlah keseluruhan
Saya bersetuju dengan syarat pendaftaran dan memahami bayaran adalah tidak boleh dikembalikan selepas disahkan. TIDAK

Pertanyaan? Hubungi 011-5759 3944 (Admin) melalui WhatsApp

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan kepada soalan yang kerap ditanya tentang UPKK Powerboost 2026.

Pendaftaran & Pembayaran
Berapa yuran penyertaan?
Yuran RM170 seorang. Termasuk modul, set ulang kaji, aplikasi pembelajaran, makanan & sijil penyertaan.
Apa kaedah pembayaran yang diterima?
Pembayaran dibuat secara dalam talian melalui CHIP (FPX perbankan internet / kad kredit & debit). Pendaftaran hanya disahkan selepas pembayaran selesai.
Boleh daftar untuk adik-beradik atau berkumpulan?
Boleh. Yuran kekal RM170 seorang (tiada diskaun untuk pendaftaran berkumpulan). Setiap pelajar perlu didaftarkan berasingan — contohnya 2 orang anak = 2 pendaftaran berasingan.
Saya dah bayar tapi tak terima emel pengesahan. Macam mana?
Jangan risau. Sila semak dahulu folder Spam / Junk emel anda — emel pengesahan turut mengandungi link Group WhatsApp rasmi. Jika masih tiada, hubungi admin di 011-5759 3944 dan sertakan resit / bukti pembayaran. Admin akan sahkan pendaftaran anda secara manual.
Macam mana nak dapat link Group WhatsApp selepas bayar?
Link Group WhatsApp rasmi dipaparkan pada halaman "Pendaftaran Berjaya" sebaik selesai bayar, dan turut dihantar dalam emel pengesahan. Jika anda terlepas atau tak terima, hubungi admin di 011-5759 3944 dengan resit pembayaran — admin akan kongsikan link group.
Bolehkah saya daftar selepas 10 Okt 2026?
Pendaftaran digalakkan sebelum 10 Okt kerana tempat terhad (50 orang terawal). Jika tarikh sudah lepas, sila hubungi admin di 011-5759 3944 untuk semak sama ada masih ada kekosongan.
Bolehkah saya dapat bayaran balik (refund) jika tak hadir?
Yuran tidak dikembalikan. Namun, tempat boleh digantikan dengan peserta lain — sila maklumkan kepada admin terlebih dahulu.
Maklumat Program
Program ini untuk siapa?
Sesuai untuk pelajar KAFA yang akan menduduki UPKK 2026. Ibu bapa juga dialu-alukan hadir untuk sesi motivasi khas.
Pukul berapa program bermula dan tamat?
Program berlangsung 7.30 Pagi – 5.30 Petang pada kedua-dua hari (16 & 17 Okt 2026 (Jumaat & Sabtu)). Sila tiba awal untuk lapor diri. Peserta dinasihatkan tiba awal.
Di mana lokasi tepat program?
Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu, Kelantan
Subjek apa yang akan diliputi?
6 subjek UPKK: Jawi, Ibadah, Sirah, Akidah, Adab & Bahasa Arab — menggunakan teknik DRILL khas.
Saya dari luar Kelantan, boleh sertai tak?
Boleh. Program terbuka kepada semua, namun peserta perlu menguruskan pengangkutan dan penginapan sendiri.
Solat & Kemudahan
Solat di mana?
Solat Jumaat akan dilakukan di masjid berhampiran lokasi program dan bas disediakan. Surau / ruang solat juga disediakan dalam kawasan program.
Adakah pengangkutan ke masjid disediakan?
Ya, bas disediakan untuk solat Jumaat seperti yang dinyatakan dalam program.
Adakah makanan disediakan?
Ya, makanan disediakan untuk peserta sepanjang program.
Persediaan Peserta
Apa yang peserta perlu bawa?
Alat tulis, pakaian sopan/menutup aurat, telekung/sejadah sendiri, dan botol air. Modul & set ulang kaji disediakan secara percuma.
Adakah peserta akan menerima sijil?
Ya, setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.
Penjaga & Keselamatan
Perlukah ibu bapa menemani anak sepanjang program?
Peserta boleh dihantar dan diambil semula oleh penjaga. Ibu bapa juga dialu-alukan hadir, terutamanya untuk sesi motivasi khas.
Bagaimana dengan keselamatan peserta di lokasi?
Keselamatan peserta adalah keutamaan kami. Program diadakan dalam kawasan tertutup di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu dengan penyeliaan urus setia sepanjang masa.