OE
Oxford EduVision (M) Sdn. Bhd.

Panduan Pengajaran
Guru EDUV

Garis panduan lengkap untuk semua guru Oxford EduVision

📅 Dikemaskini: 08/03/2026 📧 oxfordeduvision@gmail.com 🌐 eduv.my
📋
Isi Kandungan
Klik mana-mana bahagian untuk navigasi terus
1.0
Taklimat Awal
Keperluan sebelum memulakan perkhidmatan
1.1
Wajib hadir sesi taklimat & latihan

Semua guru wajib menghadirkan diri ke sesi taklimat dan sesi latihan sebelum kelas pertama bermula, bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan kelas.

1.2
Tandatangan kontrak

Guru perlu menandatangani kontrak mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum memulakan pengajaran.

2.0
Sebelum Kelas
Persediaan wajib sebelum memulakan sesi pengajaran
2.1 — Jadual Guru
📅

Guru perlu semak jadual dan maklum kepada Admin sekiranya terdapat permasalahan atau pertukaran waktu dan hari, dalam tempoh yang Admin berikan.

🔗

Link jadual diberikan dalam group WhatsApp guru atau di Padlet: padlet.com/oxfordquranic/...

2.2 — Mesej Pelajar
✉️
Mesej pengenalan diri

Wajib hantar mesej pengenalan diri dan maklumat waktu kelas kepada pelajar baharu selewat-lewatnya 3 hari sebelum kelas pertama.

📸
Screenshot mesej pengenalan

Guru wajib screenshot mesej pengenalan dan hantar gambar kepada admin masing-masing.

Mesej peringatan kelas

Hantar mesej peringatan waktu kelas beserta link kelas kepada semua pelajar (lama & baharu) sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kelas bermula.

📞 Tiada respon dari pelajar? Guru perlu mesej 3 kali dan voice call 3 kali sahaja. Sekiranya masih tiada respon, sila maklum kepada Admin.
Contoh Mesej Pengenalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Terima kasih kerana memilih untuk belajar [pakej] bersama OXQC.

Saya [nama pengajar] merupakan tenaga pengajar untuk tuan/puan/anak puan. Insya-Allah, [hari, tarikh & waktu kelas] kita akan mula kelas ya 😄

Saya sertakan link kelas: [link kelas]

Terima kasih ☺️

3.0
Semasa Kelas
Tanggungjawab dan etika semasa sesi pengajaran berlangsung
3.1
Persediaan teknikal

Pastikan guru mempunyai capaian internet yang baik, suara yang jelas dan tiada bunyi bising yang boleh mengganggu sesi kelas.

3.2
Waktu pembelajaran cukup

Guru perlu memastikan waktu pembelajaran cukup 30 / 40 / 60 minit dan 4 kali kelas seperti dalam jadual bagi setiap pelajar dalam bulan yang sama.

3.3
Pelajar hadir lewat

Guru berhak menjalankan kelas mengikut waktu yang berbaki sekiranya pelajar hadir lewat, atau mencukupkan masa mengikut budi bicara guru.

3.4
Etika semasa kelas

Semua guru perlu menjaga etika dan menunjukkan komitmen yang terbaik. Guru tidak boleh melakukan perkara lain semasa kelas seperti:

  • Menyusu anak
  • Makan dan minum
  • Berbual dengan orang sekeliling
  • Melakukan aktiviti lain yang tidak berkaitan
3.5
Komitmen jadual

Sentiasa komited dengan jadual kelas bersama pelajar.

3.6
On Camera semasa kelas online

Semua guru diwajibkan mengaktifkan kamera (on camera/on video) dan berkongsi paparan bahan pengajaran semasa sesi pengajaran atas talian (online), bagi memastikan sesi berjalan secara interaktif, telus dan berkesan.

🖥 Platform Kelas yang Digunakan

  • Google Meet
  • Zoom
  • WhatsApp Video Call
  • Telegram
  • Webex
  • Direct Call
4.0
Kaedah Pengajaran
Pendekatan pengajaran mengikut jenis pakej pelajar
4.1 — Pelajar Mengaji
📖
Konsep talaqqi diwajibkan

Guru baca, pelajar ikut. Wajib dilaksanakan pada awal sesi pembelajaran.

🔁
Ulangan muka surat

Pelajar mengaji muka surat yang sama dan dibenarkan ulang beberapa kali sehingga bacaan lancar.

🕌
Lebihan masa

Jika terdapat lebihan masa, guru boleh teruskan dengan mendengar bacaan Surah Al-Fatihah & Surah-surah Lazim.

🔗
Gabungan bacaan

Gabungkan bacaan Iqra' atau Asas Qurani dengan bacaan Quran (Surah-surah Lazim).

💬
Pelajar dewasa

Perlu bertanya khabar pelajar dewasa berkaitan hal kerja, isu semasa dan lain-lain bagi mengeratkan hubungan guru-pelajar.

4.2 — Pelajar KAFA / Tuisyen
📲
Kongsi paparan bahan pengajaran

Guru wajib berkongsi paparan bahan pengajaran kepada pelajar semasa kelas.

📄
Hantar modul PDF

Guru wajib menghantar modul dalam bentuk PDF kepada pelajar selewat-lewatnya 2 hari sebelum kelas.

📝
Latihan berkala

Guru perlu menjalankan latihan secara berkala bagi memastikan tahap kefahaman pelajar.

4.3–4.5 — Panduan Tambahan
🎮
Pelajar kanak-kanak — elemen permainan (3–5 minit)

Selitkan elemen permainan untuk kekalkan mood belajar. Contoh: berkongsi nyanyian doa di YouTube, teka-teki, melukis atau menulis huruf-huruf hijaiyah.

🌟
Beri motivasi dan pujian

Berikan motivasi dan pujian bagi memberi semangat kepada pelajar untuk terus belajar.

🙋
Kanak-kanak bermasalah

Minta izin dengan penjaga untuk menegur (marah) anak sekiranya kanak-kanak bermasalah semasa kelas.

5.0
Selepas Kelas
Tanggungjawab guru selepas setiap sesi tamat
5.1
Isi kehadiran & topik pembelajaran

Guru wajib mengisi kehadiran pelajar dan topik pembelajaran dalam Google Sheets (Laporan Kehadiran Pelajar) serta penilaian pelajar selepas setiap kali selesai kelas.

5.2
Laporan Pentaksiran SMAP

Guru perlu lengkapkan Laporan Pentaksiran di SMAP secara bulanan sebelum 1hb bulan seterusnya.

5.3
Pelajar tidak respon

Maklum kepada Admin sekiranya pelajar tidak reply mesej dua kali berturut-turut atau tidak respon / tidak angkat call pada waktu yang berlainan.

5.4
Masalah disiplin pelajar

Maklum kepada Admin sekiranya menghadapi pelajar yang bermasalah dari segi disiplin atau tingkah laku semasa kelas.

5.5
Pertukaran guru

Pelajar boleh membuat permintaan untuk bertukar guru sekiranya terdapat masalah daripada pihak guru.

6.0
Penggantian Kelas
Prosedur penangguhan dan penggantian kelas oleh guru dan pelajar
6.1 — Penangguhan daripada Guru
⚠️
Had penangguhan

Penangguhan kelas hanya boleh dilakukan maksimum 2 kali sebulan.

📢
Makluman awal

Mesti maklumkan sehari sebelum kelas, kecuali kecemasan. Melalui mesej (WhatsApp) dan panggilan telefon jika tiada respon.

🔄
Segera aturkan kelas ganti

Segera mesej pelajar dan berbincang hari & waktu yang dipersetujui untuk kelas ganti.

📅
Tempoh ganti

Wajib menggantikan kelas dalam masa segera atau selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh kelas sebenar.

💸
Potongan elaun

Jika gagal menggantikan kelas dalam tempoh 2 bulan dan pembatalan disebabkan oleh guru, elaun guru akan dikurangkan.

6.2 — Penangguhan daripada Pelajar
📱
Makluman awal pelajar

Pelajar perlu maklum sehari atau 1 jam sebelum kelas, kecuali kecemasan. Jika maklum lewat, guru berhak tidak gantikan kelas — hanya hantar rakaman atau latihan.

🚫
Had penangguhan pelajar

Pelajar tidak digalakkan menangguh kelas melebihi 2 kali sebulan, kecuali kecemasan.

🗓
Cari waktu ganti

Pelajar perlu mencari waktu untuk kelas ganti yang selari dengan waktu guru.

Kelas tiada makluman ganti

Jika pelajar tidak maklumkan kelas ganti dalam bulan yang sama, kelas tersebut dikira tiada. Namun bayaran elaun guru tetap seperti biasa.

7.0
Disiplin
Peraturan dan kod etika tingkah laku guru
7.1
Berdisiplin dan kreatif

Guru mestilah berdisiplin dan kreatif ketika menjalankan kelas.

7.2
Adab komunikasi

Guru perlu sentiasa menjaga adab dan etika ketika berkomunikasi dengan pihak pengurusan serta ibu bapa, sama ada melalui mesej, panggilan mahupun bersemuka.

7.3
Tiada perubahan jadual (3 bulan pertama)

Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pertama perkhidmatan.

7.4
Tiada tangguh kelas pertama

Guru tidak dibenarkan menangguh kelas pertama bagi setiap pelajar.

7.5
Hadkan cuti

Guru tidak digalakkan mengambil cuti terlalu kerap dalam setahun bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran dan menunjukkan komitmen berterusan.

7.6
Surat amaran pertama

Guru yang gagal menunjukkan komitmen dan disiplin semasa sesi pengajaran boleh dikenakan Surat Amaran Pertama oleh pihak pengurusan.

7.7
Dua surat amaran = penamatan

Guru yang menerima 2 surat amaran atas kesalahan disiplin boleh diberhentikan melalui laporan rasmi, termasuk pemotongan elaun bulanan semasa.

7.8
DILARANG terima bayaran dari ibu bapa ke akaun peribadi

Guru dilarang sama sekali menerima atau meminta sebarang bayaran yuran daripada ibu bapa / penjaga melalui akaun peribadi. Semua pembayaran hendaklah dibuat terus kepada syarikat melalui saluran rasmi.

8.0
Peraturan Tempoh Percubaan Guru 3 Bulan
Peraturan khusus semasa tempoh percubaan 3 bulan pertama
8.1
Dilarang berhenti semasa tempoh percubaan

Guru tidak dibenarkan berhenti atau menangguh mengajar sepanjang tempoh percubaan berlangsung.

8.2
Dilarang tarik diri selepas briefing

Guru tidak dibenarkan menarik diri atau berhenti secara serta merta selepas sesi taklimat awal (briefing) selesai.

8.3
Dilarang ubah jadual

Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu pengajaran jika perubahan mengganggu jadual asal pelajar yang ditetapkan.

8.4
Cuti hanya untuk kecemasan

Guru tidak dibenarkan memohon sebarang cuti, kecuali kecemasan seperti: kemalangan kematian konvokesyen atau perkara munasabah lain.

8.5
Prosedur cuti kecemasan

Jika terpaksa cuti atas sebab kecemasan, guru wajib:

  • Isi borang cuti
  • Maklum kepada admin masing-masing
  • Maklum kepada ibu bapa dengan segera selepas permohonan diluluskan
  • Berbincang dengan ibu bapa berkaitan kelas ganti
9.0
Permohonan Cuti Guru
Prosedur permohonan dan kelulusan cuti
📢
9.1 — Maklum kepada Admin terlebih dahulu

Guru perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada admin masing-masing sekiranya bercadang untuk mengambil cuti.

📝
9.2 — Isi borang cuti (Google Form)

Guru wajib isi permohonan cuti melalui Google Form yang diberikan oleh admin, sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hari bekerja sebelum tarikh cuti.

9.3 — Kelulusan dalam 2 hari bekerja

Kelulusan cuti akan diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja oleh pihak HR melalui WhatsApp, selepas permohonan lengkap diterima.

📅
9.4 — Aturkan kelas ganti

Guru yang mendapat kelulusan cuti perlu berbincang dengan ibu bapa pelajar untuk menetapkan kelas ganti serta maklumkan semula kepada admin.

9.5 — Selesaikan kelas ganti sebelum cuti

Kelas ganti digalakkan diselesaikan sebelum tarikh cuti, kecuali kes kecemasan seperti kematian, kemalangan atau hal mustahak yang lain.

10.0
Elaun Bulanan
Maklumat kadar, cara pengiraan dan prosedur pembayaran elaun
10.1
Kemaskini no. akaun bank

Sila kemaskini kepada HR sekiranya ada sebarang perubahan pada nombor akaun bank.

10.2
Tanggungjawab kesilapan akaun

Sebarang kesilapan dalam nombor akaun adalah tanggungjawab individu. Pihak pengurusan tidak akan memproses pengembalian elaun atas kesilapan tersebut.

10.3
Tarikh pembayaran elaun

Elaun akan dimasukkan bermula 2hb – 15hb bulan berikutnya. Jika pada jam 5.00 petang 15hb belum diterima, hubungi pihak pengurusan segera.

10.4
Tarikh akhir rekod kehadiran

Semua guru wajib melengkapkan Google Sheets (Laporan Kehadiran Pelajar) dan penilaian pelajar selewat-lewatnya hari terakhir setiap bulan sebelum jam 11.59 malam.

10.5
Pengiraan elaun berdasarkan rekod kehadiran

Elaun dikira berdasarkan bilangan kelas yang ditandakan oleh guru dalam Google Sheets sahaja. Guru bertanggungjawab memastikan rekod dikemaskini dengan betul.

10.6
Laporan Pentaksiran SMAP

Setelah 4 kali kelas selesai, lengkapkan Laporan Pentaksiran Pelajar di SMAP sebelum 1hb bulan seterusnya. Link: app.smap.my/login

Peringatan: Elaun hanya dikira berdasarkan rekod kehadiran yang diisi. Pastikan rekod sentiasa dikemaskini sebelum jam 11.59 malam hari terakhir setiap bulan.
11.0
Berhenti Perkhidmatan — Kontrak Percubaan
Prosedur berhenti semasa atau selepas tempoh percubaan 3 bulan
11.1
Wajib habiskan kontrak 3 bulan

Guru wajib menghabiskan kontrak selama 3 bulan.

11.2
Prosedur berhenti selepas tempoh percubaan

Guru perlu membuat permohonan melalui pautan yang diberikan oleh admin dalam tempoh notis yang ditetapkan (dalam group WhatsApp) untuk memudahkan pertukaran guru pada bulan berikutnya.

11.3
Denda berhenti secara serta merta / sebelum tamat kontrak

Guru yang gagal beri makluman awal, berhenti secara serta merta, atau berhenti sebelum tamat kontrak:

💸
RM100 denda
dan elaun bulan semasa tidak akan diberi
11.4
Selesaikan semua kelas

Pastikan semua kelas pelajar selesai 4 kali dan selesaikan semua kelas yang tertunda.

11.5
Lengkapkan semua laporan

Sila lengkapkan semua Google Sheets (Laporan Kehadiran Pelajar), penilaian pelajar dan Laporan Pentaksiran bulanan di SMAP.

12.0
Bayaran Komitmen Guru
Deposit komitmen sebanyak RM30 semasa penerimaan kontrak
💰
RM30.00
Bayaran komitmen semasa terima kontrak
Dipulangkan penuh
Setelah tamat 3 bulan — bersama gaji bulan ke-4
⚠️
Baki RM70 penalti
Jika berhenti secara sukarela dalam 3 bulan (RM100 − RM30)
12.1
Bayaran komitmen RM30 semasa terima kontrak

Guru wajib membuat bayaran komitmen sebanyak RM30.00 semasa penerimaan kontrak sebagai tanda komitmen sepanjang tempoh percubaan 3 bulan.

12.2
Dipulangkan setelah tamat tempoh percubaan

Bayaran ini akan dipulangkan sepenuhnya setelah tamat 3 bulan, bersama gaji bulan ke-4 — tertakluk kepada guru menyempurnakan tempoh percubaan tanpa penamatan sukarela.

12.3
Penalti jika berhenti dalam tempoh percubaan

Jika guru menamatkan perkhidmatan secara sukarela dalam 3 bulan:

  • Penalti = RM100 (seperti perkara 11.3)
  • Bayaran komitmen RM30 diambil kira sebagai sebahagian penalti
  • Baki penalti yang perlu dijelaskan = RM70
13.0
Berhenti Perkhidmatan — Kontrak Pembaharuan
Prosedur pembaharuan kontrak setiap 5 bulan selepas kontrak percubaan
13.1
Pembaharuan kontrak setiap 5 bulan

Pembaharuan kontrak akan dijalankan setiap 5 bulan setelah kontrak percubaan 3 bulan tamat.

13.2
Elaun ditangguh jika kontrak tidak diserahkan

Jika guru tidak menyerahkan kontrak pembaharuan, elaun semasa akan ditangguh sehingga kontrak diserahkan kepada HR.

13.3
Prosedur berhenti

Guru perlu membuat permohonan melalui pautan yang diberikan oleh admin dalam tempoh notis yang ditetapkan (dalam group WhatsApp) untuk memudahkan pertukaran guru.

13.4
Denda berhenti secara serta merta / sebelum tamat kontrak pembaharuan
💸
RM50 denda
dan elaun bulan semasa tidak akan diberi
14.0
Cuti
Prosedur cuti sakit dan cuti panjang atas sebab kesihatan
14.1
Maklum kepada HR & Admin

Sila maklum kepada HR dan ADMIN sekiranya menghadapi masalah kesihatan seperti bersalin atau sakit yang memerlukan rehat jangka panjang.

14.2
Lengkapkan laporan kelas yang telah dijalankan

Sila lengkapkan semua Google Sheets (Laporan Kehadiran Pelajar) dan Laporan Pentaksiran bulanan di SMAP bagi kelas yang telah dijalankan, dan maklumkan kepada ADMIN melalui WhatsApp.

14.3
Hantar surat sakit / MC

Sila hantar surat sakit / MC sebagai bukti pernyataan cuti.

⚠️
Penting & Kenalan
Makluman penting dan senarai kenalan pihak pengurusan

⚡ Makluman Penting

  • Semua guru wajib alert dengan setiap makluman yang diberikan oleh HR atau ADMIN sama ada dalam group WhatsApp mahupun mesej personal.
  • Kehadiran dalam pertemuan guru setiap 2 kali sebulan adalah diwajibkan kepada semua guru.
  • Platform kelas: Google Meet, Zoom, WhatsApp Video Call, Telegram, Webex atau Direct Call.
  • Sebarang masalah, pertanyaan atau aduan, sila hubungi kenalan di bawah.
👩‍💼
Puan Nur Diyana
Ketua HR
016-877 7135
👩‍💼
Cik Adzami
HR 2
016-877 7136
👩‍💼
Cik Azzahratul
HR 3
014-628 7138
👩‍💼
Cik Ummul
Ketua Admin
016-436 6364
📚
Cik Husna
Penyelaras Modul
016-293 5195
🎓
Puan Sakinah
Trainer
016-430 2450